Monday, March 30, 2009

Bukit Selambau - Satu Sejarah


Tu dia! 15 orang calon akan bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau, Kedah. Tidak pernah dalam sejarah negara ini ada seramai itu yang bercita-cita ingin jadi yang berhormat bertanding dalam sesuatu DUN atau kawasan Parlimen. Kalau ikut sejarah, paling ramai pun cuma 8 orang di DUN Tanjung Kapor, Sabah pilihanraya tahun lalu, kalau tak silap aku.

Apa yang sebenarnya mereka nak? Teringin nak pegang jawatan ke atau saja-saja nak berseronok mahu dapat publisiti. Tapi yang pastinya, kebanyakkan mereka akan kehilangan wang deposit yang mereka bayar. Bagi kat aku lagi bagus.

Tapi yang aku nak singkap sikit ni ialah kenapa ramai sangat masuk bertanding? Ada yang tersurat dan ada yang tersirat. Yang tersurat tu dah tentu menunjukkan negara ini mengamalkan sistem demokrasi yang membolehkan sesiapa saja bertanding.

Yang tersirat pula, kemungkinan besar menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai keyakinan kepada BN dan Pakatan Rakyat. Kalau mereka menyokong BN sudah tentu mereka tidak akan masuk bertanding tetapi memberi sokongan kepada BN ataupun Pakatan Rakyat. Juga ia menunjukkan kelemahan parti BN dan Pakatan Rakyat kerana pada pilihanraya umum yang lalu, ramai calon bebas memenangi kerusi dewan menyebabkan mereka ini teruja untuk masuk bertanding untuk mengukur populariti masing-masing.

Atau mungkin juga kerana berangan-angan menjadi ahli Exco Kedah kerana sebelum ini, V. Arumugam yang memenangi kerusi Bukit Selambau sebagai calon bebas telah dilantik menjadi ahli exco mewakili kaum India. Atau yang mungkin paling tepat ialah ia sebagai menunjukkan bantahan mereka kepada pucuk pimpinan PKR kerana memilih calon yang mereka tidak kenal dan tidak suka. Fikir-fikirlah......

Tuesday, March 24, 2009

Pemilihan UMNO ..... kita lihat siapa yang kena?




Pemilihan UMNO dan bermula. Kempen mendapatkan undian yang berjalan sejak beberapa bulan yang lalu akibat persidangan UMNO 2008 ditunda ke Mac 2009 sudah hampir ke penghujungnya dan yang tentu dan pastinya, Dato Seri Najib Tun Razak akan menjadi Presiden UMNO yang baru.... tetapi jawatan lain pula siapa yang dapat? Jadi, sama-samalah kita tunggu dan lihat siapa yang kena?

Peralihan kuasa: Patutkah Kabinet Pak Lah Meletak Jawatan


Tidak berapa lama lagi, Dato Seri Najib akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan setiap kali Perdana Menteri baru dilantik, beliau akan melantik anggota kabinet pilihannya sendiri. Oleh itu, adakah perlu anggota Kabinet Pak Lah meletak jawatan?

Saya bersetuju dengan saranan Dato Dr. Abdul Latiff Ahmad, Timbalan Menteri Kesihatan supaya semua anggota kebinet sedia ada melepaskan jawatan masing-masing apabila Dato Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Ia bagi membolehkan Najib berpeluang untuk menubuhkan Kabinet beliau dan melantik anggota pilihannya untuk membantu mentadbir negara dan sebagai Perdana Menteri sememangnya beliau berhak membuat demikian.

Dalam hal pemilihan orang yang layak memegang jawatan dalam kabinet pula, beberapa kriteria penting perlu dipunyai iaitu intergriti, kesetian, kepimpinan dan bebas dari rasuah.Ini berikutan desakan-desakan pemimpin dan orang ramai kepada Najib supaya jangan melantik pemimpin yang terlibat dengan rasuah memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.

Saturday, March 21, 2009

Fairus Letak Jawatan


Dah sah dah. Apa yang aku jangka dan mungkin ramai lagi yang lain, telah berlaku. Akhirnya YB Mohamad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan juga sebagai Ahli Exco. Cuma beliau kekal dengan jawatan sebagai Ahli DUN Penanti. Itu pun tak tahu berapa lama lagi kalau tiada tekanan dari pimpinan atasan Pakatan Rakyat dan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sejak memenangi kerusi DUN Penanti dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1, beliau dikatakan tidak cemerlang dalam tugasan beliau. Dari laporan akhbar dan orang ramai, beliau dikatakan jarang melawat kawasan beliau dan tidak banyak membantu memajukan orang Melayu di Pulau Pinang sedangkan beliau dilantik bagi mewakili orang melayu. Selain itu, dilaporkan bahawa pegawai beliau sendiri menyatakan bahawa beliau tidak sesuai memegang jawatan tersebut kerana kurang berpengalaman. Tambahan lagi cerita-cerita tuduhan rasuah oleh ahli Parti Keadilan Rakyat ke atas 2 orang ahli PKR baru-baru ini mungkin membabitkan beliau, juga mungkin menyebabkan keputusan meletak jawatan tersebut.

Kalau disingkap kisah-kisah yang lepas, kini dah 5 orang wakil rakyat dari Pakatan Rakyat yang telah meletak jawatan sebagai wakil rakyat ataupun telah keluar parti untuk jadi wakil rakyat bebas. Mereka adalah Wan Azizah (PKR - Permatang Pauh), Mohd Osman Mohd Jailun(PKR - Changkat Jering), Jamaluddin Mohd Radzi (PKR - Behrang), Hee Yit Foong (DAP - Jelapang) dan V. Arumugam (Bukit Selambau). Sekarang ni, tengah tunggu 2 lagi tempat iaitu Bukit Lanjan dan mungkin Penanti sendiri. Tak tahulah berapa banyak lagi nak ada pilihanraya kecil pada masa akan datang sebelum menjelang pilihanraya umum ke 13 nanti.

Pening-pening....tambah teruk kalau jadi lagi pilihanraya kecil lagi. Kita dan pilih mereka.... jadi jalankanlah tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Turunlah melawat kawasan dan kalau dah duduk dalam dewan tu, pandai-pandai lah jaga kelakuan ...janganlah sampai kena gantung pulak.... jangan buat perangai tak senonoh dan berlagak samseng. Dalam hal ini saya terbaca pantun 2 kerat dalam akhbar Berita Harian ditulis oleh Ismail Restu dari Kg. Bujang, Kedah. Baca dan enjoy...lupakan sekejap pasai orang politik dengan politiknya.

PANTUN DUA KERAT UNTUK WAKIL RAKYAT

Letak ubi di atas akhbar
wahai YB apa khabar?

Orng Petani pergi ke JB
Pantun ini untuk YB

Sambil baring pandang awan
YB sering sibuk di dewan

Ajak kawan naik rakit
Kisah di dewan teruk sikit

Datuk Penghulu beli senangin
mengapa selalu naik angin?

Sakit bahu tenyeh halia
YB tahu dewan tu mulia

Di celah tingkap cicak terbunuh
mengapa bersikap tidak senonoh?

Tuan doktor makan timun
cakap kotor maki hamun!

Anak Cina pergi ke Taiwan
sampai kena keluar dewan

Tidak perlukah lobi melobi
tidak malukah wahai YB?

Bakar jerami di Kampong Jabi
takkan kami nak nasihat YB?

Terubatkah sakit menonton TV
Sedarlah sikit wahai YB

Thursday, March 19, 2009

Benarkah Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Di Arah Meletak Jawatan?


Spekulasi timbul melalui sms yang tidak diketahui dari mana puncanya, yang menyatakan Dato Seri Anuar Ibrahim telah mengarahkan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Mohammad Fairus Khairuddin supaya meletakkan jawatan beliau selewat-lewatnya pada hari khamis, 19 Mac 2009. Ini dikatakan berkaitan tuduhan rasuah ke atas beliau dan dimaklumkan bahawa beberapa orang pegawai SPRM telah datang ke pejabat beliau baru-baru ini. Walau bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan PKR Negeri Pulau Pinang, Dato Zahrain Mohamed Hashim telah menafikannya dan sehingga sekarang belum ada keputusan rasmi.

Spekulasi juga menyatakan YB Fairus juga diminta mengosongkan kerusi DUN Penanti yang dimenangi beliau dalam Pilihanraya ke 12 tahun lalu. Sekiranya perkara ini berlaku, satu lagi pilihanraya kecil akan berlaku di Pulau Pinang.

Sebenarnya, rakyat dah mula muak dan bosan dengan pilihanraya-pilihanraya kecil ini yang semakin banyak sejak akhir-akhir ini. Kalau ia berlaku kerana kematian penyandangnya tak apa juga, tapi ini kerana masalah yang dibuat-buat sendiri. Contohnya pilihanraya kecil Permatang Pauh dimana Dato Seri Anuar Ibrahim bertanding selepas isterinya meletak jawatan untuk membenarkan suaminya bertanding. Bukit Selambau pula masalah penyandangnya meletak jawatan selepas masalah moralnya. Di Perak pula tiga orang exco dari Pakatan Rakyat kononnya dituduh telah meletak jawatan kerana surat perletakan jawatan yang ditandatangan mereka selepas menang pilihanraya umum digunakan semula setelah mereka keluar dari parti dan pihak Pakatan Rakyat beria-ia hendak mengadakan pilihanraya kecil. Di Bukit Lanjan pula mungkin akan ada pilihanraya kecil sekiranya penyandangnya yang terlibat dalam isu moral juga telah memohon meletak jawatan. Dan sekarang ini pula mungkin berlaku di Penanti kerana penyandangnya diarah meletak jawatan kerana masalah rasuah (kalau benar).

Rakyat hendakkan pembangunan dan juga supaya wakil-wakil rakyat memenuhi janji-janji pilihanraya mereka.... bukan mengajak mereka keluar sekali lagi untuk mengundi lagi bagi memilih calon baru. Pilihanraya umum dah habis! Dan jika melihat semula senario yang disebut tadi, banyak masalah datangnya dari calon-calon Pakatan Rakyat. Adakah ini disebabkan masalah kepimpinan kerana kurang berpengalaman mentadbir kawasan dan negeri? Ataupun mereka ini gemar kepada polemik politik daripada melaksanakan janji-janji mereka? Muak...muak...muak...bosan...bosan....booooo san!

Tuesday, March 17, 2009

Alahai Ali


Lembaga Disiplin UMNO melarang calon Timbalan Presiden, Dato Seri Mohd Ali Rastam daripada bertanding jawatan tersebut kerana mendapatinya terbabit dalam politik wang.Beberapa orang yang lain juga telah didapati bersalah tetapi mendapat hukuman yang berbeza.

Keputusan Lembaga Disiplin ini menunjukkan bahawa UMNO sememangnya berusaha untuk membersihkan parti tersebut daripada politik wang. Orang ramai sekarang ini melihat UMNO sebagai sebuah parti yang angkuh dan banyak terlibat dengan amalan-amalan yang tidak sihat. Dengan keputusan Lembaga Disiplin menunjukkan bahawa UMNO betul-betul ikhlas dalam usaha mengatasi masalah tersebut dan sememangnya ia perlu dilaksanakan supaya UMNO masih relevan pada masa akan datang dan mengekalkan pengaruhnya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan nasib orang melayu.Sebenarnya parti itu (UMNO) tidak bersalah tetapi yang bersalah itu ialah ahli-ahlinya yang tidak memimpin dengan baik dan terlibat dengan perkara-perkara yang tidak baik atas nama parti.

Gobind Singh Deo Di Gantung




Parlimen Malaysia hari ini telah memutuskan untuk menggantung YB Gobind Singh Deo, Wakil Rakyat Puchong dari menghadiri persidangan Parlimen selama 1 tahun kerana telah membuat tuduhan bahawa YAB Timbalan Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan dan juga menghina sidang Dewan Rakyat. Beliau juga tidak akan diberi sebarang elaun dan keistimewaan yang diberikan kepada seorang ahli Dewan Rakyat.Walau bagaimanapun, Dato Seri Anuar Ibrahim mengatakan bahawa Gobind Singh perlu diberi peluang untuk mempertahankan diri dan merasa kecewa kerana Parlimen tidak menghormati "the law of justice"

Dalam hal ini, saya merasa keliru mengapa di Perak, Menteri Besar Perak, Dr. Zamri dan 6 orang Exco Barisan Nasional tidak pula diberi peluang mempertahankan diri di Dewan Undangan Negeri Perak apabila Speaker yang dilantik oleh Pakatan Rakyat telah membuat keputusan mengantung mereka dari menghadiri Dewan Undangan Negeri Perak tanpa kehadiran mereka. Malah surat panggilan menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri langsung tidak dihantar kepada mereka. Adakah ini juga tidak termasuk dalam perkara tidak menghormati "the law of justice"? Bola itu bulat. Kadang-kadang satu pihak kena dan kemudian satu pihak yang lain pula kena. Inilah kuasa tuhan yang maha adil.Jangan sekali-kali kita lupa!

Monday, March 16, 2009

Rokok dan Yassin

Apakah kaitannya di antara rokok dan surah Yassin. Sila lihat video ini jika hendak tahu. Insya'allah akan berubahlah hidup anda

Thursday, March 12, 2009

Persiapan Majlis Perkahwinan Anak TYT Yang DiPertua Pulau Pinang


Hari ini (pagi) telah hadir ke Majlis Raptai Perkahwinan anak ketiga TYT Yang diPertua Negeri Pulau Pinang di Sri Mutiara, Kediaman rasmi TYT. Elaborate juga persiapanya kerana dijangka ia melibatkan keberangkatan DYMM Sultan Kedah dan Sultanah, DYMM Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis, TYT Yang diPertua Sabah, Sarawak dan juga Melaka. Majlis akan diadakan pada 14.3.2009.
Turut membuat persembahan adalah kumpulan gamelan, kumpulan keroncong dan juga pemain biola. Saya menyelaras dari segi pemasangan alat siaraya dan juga juruacara majlis. Harap-harap majlis akan berjalan dengan baik dan lancar.

Wednesday, March 11, 2009

Belajar Buat Blog


Hari ini sehari suntuk hadir kelas bagaimana hendak membuat blog. Hampir 19 orang rakan-rakan hadir dalam kursus tersebut yang dibuat di PSDC,Bayan Lepas Free Trade Zone, Bayan Baru. Enjoy betul tetapi tak puas sebab banyak dari segi teknikal tidak dapat dibelajar dalam masa yang singkat. Namun rasa ok sebab sudah goblog.... dah ada blog sendiri.

Tuesday, March 10, 2009

Bajet Mini 2009


Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak pada 10 Mac 2009 telah membentangkan Bajet Mini 2009 di Parlimen bertujuan untuk merangsang ekonomi bagi mengatasi masalah kemelesetan ekonomi negara yang sedang dihadapi.Highlight bajet tersebut adalah seperti berikut:-

HIGHLIGHTS

1. Empat teras utama telah ditetapkan oleh kerajaan dalam pembentangan Bajet Mini di Dewan Rakyat pada 10 Mac 2009. Sebanyak RM 60 billion telah diperuntukan bagi menjana ekonomi negara dalam menghadapi kegawatan ekomomi global.

2. Mengatasi pengangguran dan penyediaan peluang latihan dan perkerjaan menjadi agenda utama dalam bajet mini ini. Selain itu kerajaan akan merangsang semula ekonomi negara melalui pengstrukturan semula ekonomi yang berasaskan pengetahuan dan kemahiran.

3. Melalui pelan pengembangan ekonomi negara dalam bajet mini, kerajaan akan berkerjasama dengan sektor swasta bagi mengembangkan ekonomi negara. Ini bermakna kerajaan dan swasta bertindak sebagai peneraju kepada rangsangan ekonomi.

4. RM 60 billion merupakan jumlah yang amat besar telah diperuntukan bagi menjana semula ekonomi negara dalam tempoh dua tahun. Daripada jumlah itu kerajaan akan mengeluarkan sebanyak RM 15 billion sebagai rangsangan fizkal dan jumlah selebihnya adalah dikeluarkan oleh pihak swasta.

5. Ramalan IMF telah mengatakan bahawa ekonomi dunia akan jatuh mendadak dengan teruknya pada tahun 2008. Namun begitu Malaysia mula merasai bahangnya pada September 2008 iaitu lewat sedikit dari ramalan. Kini eksport negara telah susut sebanyak 28 peratus kerana permintaan terhadap komoditi utama telah berkurangan, begitu juga dengan barang-barang pengguna lainnya.

6. Bermula tahun 2009, nilai modal pasaran saham Malaysia telah jatuh dengan jumlah yang banyak. Perkara ini berlaku kerana ramai dikalangan pemilik-pemilik dan pemain-pemain pasaran saham sentiasa mengikuti perkembangan pasaran saham Dow Jones, di Amerika Syarikat.

7. Perkembangan ekonomi negara bertambah lembap kerana ramai di kalangan pengusaha dan peniaga tidak mendapat kredit daripada Bank-bank yang semakin sukar memberi pinjaman di masa kini. Perkara ini ditambah dengan projek-projek yang dijalankan mengambil masa yang lama pelaksanaannya.

8. Bajet Mini yang dibentangkan tidak meminggirkan golongan yang tinggal di luar bandar. Banyak projek penyediaan infrastruktur asas disediakan terutamanya di Sabah dan Sarawak. Penoreh getah dan pekebun kecil juga tidak dilupakan oleh kerajaan dalam pembentangan bajet mini ini. Terdapat skim jaringan sosial, bon dan subsidi yang berjumlah RM27 billion telah diperuntukan kepada golongan yang dirasai mempunyai kesan daripada keadaan ekonomi kini.

9. Kejatuhan ekonomi negara tidak dapat dijangkakan berikutan kegawatan ekonomi global. Negara-negara kaya yang mempunyai kekukuhan ekonominya seperti Korea, Jepun, Taiwan dan China telah menghadapi keadaan yang sama seperti Malaysia. Mereka juga tidak dapat menjangka keadaan ekonomi susut dengan begitu ketara. Namun begitu negara kita masih dapat mengawal keadaan ekonomi melalui Pelan Rangsangan Ekonomi yang diperkenalkan pada November 2008 lalu dengan peruntukan sebanyak RM 7 billion.

10. Melalui bajet mini, kerajaan akan mengurangkan jumlah pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu. Tindakan ini bertujuan memberi peluang perkerjaan kepada rakyat tempatan bagi mengisi peluang-peluang perkerjaan yang ada. Namun begitu sikap rakyat Malaysia yang memilih serta tidak mahu melakukan kerja-kerja yang melibatkan kotor, berbahaya, terdedah kepada panas dan tidak glamour amat mendukacitakan kerajaan. Kerajaan telah melaksanakan yang terbaik untuk memastikan rakyat Malaysia mempunyai pekerjaan.

11. Kerajaan akan menyediakan latihan dan peluang perkerjaan kepada golongan yang menganggur serta lepasan pusat-pusat pengajian. Fokus utama ialah meningkatkan kemahiran modal insan yang akan disesuaikan dengan peluang-peluang perkerjaan di masa depan. Kerajaan akan menyediakan latihan-latihan asas dan kemahiran terutama kepada mereka yang diberhentikan kerja.

12. Kerajaan berpandangan, tenaga kerja atau sumber manusia yang akan disediakan oleh pusat-pusat latihan atau institusi pengajian awam mahupun swasta perlulah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri. Kini walaupun ramai graduan lepasan institusi pengajian tinggi, namun kebanyakannya tidak mempunyai apa yang dikehendaki oleh industri. Disinilah menjadi punca ramai lepasan institusi pengajian tinggi menganggur.

13. Kerajaan Malaysia masih tidak terlambat membentangkan pelan tindakan ekonomi negara. Ini kerana pada November 2008 lalu Pelan Rangsangan Ekonomi bernilai RM 7 billion telah diperkenalkan. Kini Bajet Mini berjumlah RM 60 billion pula dibentangkan bagi memastikan negara serta rakyat tidak merana atau terseksa akibat kegawatan ekonomi dunia. Amerika Syarikat memperkenalkan pelan pemulihan ekonomi setelah dua tahun kejatuhan ekonominya.
(sumber Jabatan Penerangan Malaysia)

Creative Industry Mendapat tempat di Malaysia

Kejayaan Filem Upin dan Ipin mengutip RM5 juta untuk tayangan selama 2 minggu menandakan penerimaan masyarakat kepada filem genre kartun dan peningkatan dalam industri kreatif di Malaysia. Selain itu, ikon baru telah diwujudkan melalui watak upin dan ipin sama seperti satu masa lalu iaitu Along.
Saksikanlan kehebatan filem tersebut

Penderhaka Nak Mengadap Sultan

Bekas Menteri Besar Perak, Dato Nizar Jamaludin yang pernah membuat sembah derhaka kerana tidak mematuhi titah Sultan Perak untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak ingin mengadap Sultan Perak untuk memohon perkenan supaya Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan setelah persidangan bersejarah Dewan Undangan Negeri Perak di bawah pokok. Usul telah dibuat oleh ahli-ahli Dewan yang semuanya dari Pakatan Rakyat untuk membubarkan DUN dan Dato Nizar diberikan tanggungjawab untuk mengadap Sultan Perak untuk memohon perkenan supaya DUN dibubarkan.