Parlimen Malaysia hari ini telah memutuskan untuk menggantung YB Gobind Singh Deo, Wakil Rakyat Puchong dari menghadiri persidangan Parlimen selama 1 tahun kerana telah membuat tuduhan bahawa YAB Timbalan Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan dan juga menghina sidang Dewan Rakyat. Beliau juga tidak akan diberi sebarang elaun dan keistimewaan yang diberikan kepada seorang ahli Dewan Rakyat.Walau bagaimanapun, Dato Seri Anuar Ibrahim mengatakan bahawa Gobind Singh perlu diberi peluang untuk mempertahankan diri dan merasa kecewa kerana Parlimen tidak menghormati "the law of justice"
Dalam hal ini, saya merasa keliru mengapa di Perak, Menteri Besar Perak, Dr. Zamri dan 6 orang Exco Barisan Nasional tidak pula diberi peluang mempertahankan diri di Dewan Undangan Negeri Perak apabila Speaker yang dilantik oleh Pakatan Rakyat telah membuat keputusan mengantung mereka dari menghadiri Dewan Undangan Negeri Perak tanpa kehadiran mereka. Malah surat panggilan menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri langsung tidak dihantar kepada mereka. Adakah ini juga tidak termasuk dalam perkara tidak menghormati "the law of justice"? Bola itu bulat. Kadang-kadang satu pihak kena dan kemudian satu pihak yang lain pula kena. Inilah kuasa tuhan yang maha adil.Jangan sekali-kali kita lupa!
No comments:
Post a Comment