Tuesday, March 17, 2009

Alahai Ali


Lembaga Disiplin UMNO melarang calon Timbalan Presiden, Dato Seri Mohd Ali Rastam daripada bertanding jawatan tersebut kerana mendapatinya terbabit dalam politik wang.Beberapa orang yang lain juga telah didapati bersalah tetapi mendapat hukuman yang berbeza.

Keputusan Lembaga Disiplin ini menunjukkan bahawa UMNO sememangnya berusaha untuk membersihkan parti tersebut daripada politik wang. Orang ramai sekarang ini melihat UMNO sebagai sebuah parti yang angkuh dan banyak terlibat dengan amalan-amalan yang tidak sihat. Dengan keputusan Lembaga Disiplin menunjukkan bahawa UMNO betul-betul ikhlas dalam usaha mengatasi masalah tersebut dan sememangnya ia perlu dilaksanakan supaya UMNO masih relevan pada masa akan datang dan mengekalkan pengaruhnya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan nasib orang melayu.Sebenarnya parti itu (UMNO) tidak bersalah tetapi yang bersalah itu ialah ahli-ahlinya yang tidak memimpin dengan baik dan terlibat dengan perkara-perkara yang tidak baik atas nama parti.

2 comments:

faiz mansur said...
This comment has been removed by the author.
KuZiKs said...

Harap² jgn pulak nanti Ali Rustam kecewa & makan hati dgn UMNO dan ajak gengs UMNO kat melaka nun tukar kerajaan negeri yg ditadbir kat sana dan jadik Parti Bebas yg tak pro PR dan tak pro BN... Buleh ker eik?? Camna tuh?? sapa nak jawab....