Thursday, March 19, 2009

Benarkah Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Di Arah Meletak Jawatan?


Spekulasi timbul melalui sms yang tidak diketahui dari mana puncanya, yang menyatakan Dato Seri Anuar Ibrahim telah mengarahkan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Mohammad Fairus Khairuddin supaya meletakkan jawatan beliau selewat-lewatnya pada hari khamis, 19 Mac 2009. Ini dikatakan berkaitan tuduhan rasuah ke atas beliau dan dimaklumkan bahawa beberapa orang pegawai SPRM telah datang ke pejabat beliau baru-baru ini. Walau bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan PKR Negeri Pulau Pinang, Dato Zahrain Mohamed Hashim telah menafikannya dan sehingga sekarang belum ada keputusan rasmi.

Spekulasi juga menyatakan YB Fairus juga diminta mengosongkan kerusi DUN Penanti yang dimenangi beliau dalam Pilihanraya ke 12 tahun lalu. Sekiranya perkara ini berlaku, satu lagi pilihanraya kecil akan berlaku di Pulau Pinang.

Sebenarnya, rakyat dah mula muak dan bosan dengan pilihanraya-pilihanraya kecil ini yang semakin banyak sejak akhir-akhir ini. Kalau ia berlaku kerana kematian penyandangnya tak apa juga, tapi ini kerana masalah yang dibuat-buat sendiri. Contohnya pilihanraya kecil Permatang Pauh dimana Dato Seri Anuar Ibrahim bertanding selepas isterinya meletak jawatan untuk membenarkan suaminya bertanding. Bukit Selambau pula masalah penyandangnya meletak jawatan selepas masalah moralnya. Di Perak pula tiga orang exco dari Pakatan Rakyat kononnya dituduh telah meletak jawatan kerana surat perletakan jawatan yang ditandatangan mereka selepas menang pilihanraya umum digunakan semula setelah mereka keluar dari parti dan pihak Pakatan Rakyat beria-ia hendak mengadakan pilihanraya kecil. Di Bukit Lanjan pula mungkin akan ada pilihanraya kecil sekiranya penyandangnya yang terlibat dalam isu moral juga telah memohon meletak jawatan. Dan sekarang ini pula mungkin berlaku di Penanti kerana penyandangnya diarah meletak jawatan kerana masalah rasuah (kalau benar).

Rakyat hendakkan pembangunan dan juga supaya wakil-wakil rakyat memenuhi janji-janji pilihanraya mereka.... bukan mengajak mereka keluar sekali lagi untuk mengundi lagi bagi memilih calon baru. Pilihanraya umum dah habis! Dan jika melihat semula senario yang disebut tadi, banyak masalah datangnya dari calon-calon Pakatan Rakyat. Adakah ini disebabkan masalah kepimpinan kerana kurang berpengalaman mentadbir kawasan dan negeri? Ataupun mereka ini gemar kepada polemik politik daripada melaksanakan janji-janji mereka? Muak...muak...muak...bosan...bosan....booooo san!

1 comment:

faiz mansur said...

Biasalah tu..pembangkang ni cakap je pandai, masa belum memerintah macam2 buat tuduhan..semua org x betoi...depa saja ja yg betoi..la nie dah jadi pemerintah, kita tengoklah sendiri..bila dah berkuasa, depa dah jadi hamba duit..setakat rasuah skit tu biasalah bagi depa..depa x kan mengaku salah punya...hampehhh...

Dengaq kata si fairus tu baru je beli Merc & BMW..beli cash plak tu...manalah dia dapat duit banyak tu nooo...lu pikiaq la sendiri..hehe...